Saturday 9 June 2012

ANA MESTI TABAH DAN SENYUM:)

Alhamdulillah ala kulli halin wa nikmah..

Terima kasih Allah.Nikmatnya sentiasa ada untukku.Dan ana tahu DIA sentiasa ada untukku..

Hanya dalam beberapa hari,selang ujian dan juga hadiah terindah dihadirkan untukku.Didatangkan dahulu ribut dan hujan dalam hatiku.Sungguh sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata akan dugaan persahabatan ini.Tidak terdetik dalam hatiku untuk memutuskan ukhuwah ini.Sebuah persahabatan yang hanya Allah tahu betapa berharganya ukhuwah ini yang tidak pernah daku kecapi sebelum ini.Jika ada yang menganggap daku ego kerana tidak menegur,sungguh itu bukan yang ada dalam hatiku buat seorang sahabat.Bukan kerana ego tapi daku merasakan tidak layak lagi untuk menegur..

Meskipun ujian ini mengundang air mata,namun daku hanya mampu berdoa dengan adanya DIA disampingku..
Biarlah mata penat menangis,namun hatuku mesti KUAT dan TABAH..

Akan daku ukir SENYUMAN di bibir,meskipun hati tak mampu tersenyum riang..

Nota Seorang Hamba : Jalan kita tetap jalan yang sama,namun mungkin daku bukanlah teman seperjalanan yang terbaik untuk menemani.Apapun,daku mesti KUAT DAN SENYUM.


pagi di Sakan Jamiah,
Mafraq,Jordan
1.49 am..

Sunday 3 June 2012

Who am i ???



"Ya Allah,jika ada yang terluka kerana diriku,jika ada yang terguris kerana diriku,kau berikanlah mereka teman yang lebih baik dariku,yang sentiasa menyenangkan mereka lebih dariku,yang mampu membahagiakan mereka lebih dariku..ampunkan dosaku dan jangan kerana aku yang berdosa maka mereka turut terasa.."


biarkan aku seketika mencari diri,memahami hatiku yang seringkali berbolak-balik ini..

di saat aku mencari,aku mohon jangan membenci diriku..

di saat ini aku hanya akan menyalahkan diriku hingga aku tak mampu berhadapan dengan kalian..

sungguh pelik kan diriku,sehingga kini aku sendiri tidak mengerti...

aku takut mendekati mereka yang aku sayang kerana aku takut akan ada yang terluka kerana aku..

sakit melihat mereka terluka pasti akan lebih menyakitkan berbanding sakit yang aku rasai..

oleh itu,biarkan aku sendiri dan janganlah ada yang membenci...

hujan dari hati yang duka..
mafraq,Jordan..
9.44 malam..

nota seorang hamba : DIA yang paling memahami diriku..BACK to Allah.