Wednesday 16 May 2012

15 MEI : HARI NAKBAH


15 MEI : HARI NAKBAH di PALESTIN


Ada apa dengan Hari Nakbah ??


Ianya sebagai tanda memperingati Hari Nakbah iaitu hari yang mana saudara kita di Palestin dihalau dan diseksa di negara mereka sendiri sejak 64 tahun yang lalu...

Apa itu Hari Nakbah ??


Hari Nakbah ( Yaumun Nakbah ) yang mana apabila diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris membawa maksud : The Day of Catastrophe ataupun Hari Malapetaka bagi Bumi Palestin 
( you're gonna be free )

Mereka di Palestin,
dihalau dari tanah mereka sendiri,
rumah diroboh,harta dirampas,
keluarga dibunuh,saudara ditindas.

Dan aku di sini,
terasa begitu jauh dari mereka,
masih di rumah yang selesa,
suka dan duka bersama keluarga.

Kalian di Palestin,
benarkah kami ini saudaramu ?
layakkah kami ini digelar saudaramu?
pantaskah kami dianggap saudaramu ?

Kita di sini,
sudahkah kita berusaha membantu mereka?
jika hanya dengan memboikot barangan Yahudi,
itupun kita masih tidak mampu melawan nafsu.

mereka itu di Palestin,
sekarang diseksa di atas dunia,
namun syahidnya mereka,
pasti beroleh bahagia di Syurga.

Dan kita di sini,
semoga tidak hanya tahu berkata,
" Mereka saudaraku "
bahkan berjuang dan berusaha bersama mereka.

Nota Seorang Hamba : jangan hanya pandai menuding jari pada yang lain,tudinglah jari itu pada diriku sendiri,kerana Allah lebih tahu siapa yang benar dan siapa yang sedang berdusta..

Di luar sedang berangin,Mafraq Jordan,
25 jamadil akhir 1433 / 16 mei 2012

:: INGATKAN DIRI UNTUK BERSYUKUR ::


In The Name of Allah,the most compassionate and the most merciful..

thanks to Allah for still giving me this beautiful life.Alhamdulillah..

Minggu imtihan  di Al-alBayt telah pun bermula.Masing-masing sedang sibuk study dengan pelbagai ragam,ada yang lebih senang study seorang diri,ada juga yang nak study in group dan tak kurang juga yang STADO lebih sikit dari STUDY :) 
Dalam kesibukan semua orang sedang berjuang dan bermujahadah,ada juga yang diuji sekuat mana mujahadahnya.Allah berikan sedikit ujian dan cabaran dalam hidupnya.Di sebalik ujian itu,ada sesuatu yang harus ana pelajari sebenarnya..


Daripada Abdullah bin Abbas RA katanya: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :


"Dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima kerugian yang besar iaitu kesihatan dan kelapangan" ( Hadis riwayat Bukhari )


Nikmat KESIHATAN dan KELAPANGAN MASA,itu yang harus ana pelajari dan hargai dengan sebaiknya.Dalam kesibukan antara study dan tanggungjawab lain,kesihatan dan kelapangan masa amatlah penting.Kalau masa lapang tapi tubuh pula yang tak sihat,nak buat kerja pun tak boleh dan sebaliknya.

Syukuri nikmat sihat dan lapangnya masa dengan sebaiknya.Macam-mana???...Bersyukur dengan memanfaatkan nikmat itu dengan melakukan sesuatu yang bermanfaat juga.Masa tubuh sihat,jangan malas nak ke kuliah 
( pesanan untuk telinga yang paling dekat ),jangan cepat beralasan untuk menolak kerja ( peluang tambah pahala tu ) dan bila ada masa lapang,jangan cepat-cepat nak tengok cerita je ( kena atas batang hidung sendiri )..

Pepatah Arab ada menyebut :Masa ibarat pedang,jika kamu tidak memotongnya,maka ia akan memotong kamu.

Sebagai seorang pelajar dan pada masa yang sama masih ada tanggungjawab lain yang harus dilaksanakan,amatlah penting untuk kita mengatur masa kita sebaiknya.Gunakan masa yang ada sebaiknya,Kalau ada masa lapang,manfaatkan dengan selesaikan apa-apa perkara yan perlu diselesaikan..
Jangan bertangguh,nanti diri sendiri juga yang lenguh.Last but not least,manfaatkan hidupmu dengan sebaiknya...Kal Ho Na Ho ( Esok entah ada atau tidak )....(",)



Nota Seorang Hamba : " Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan ,serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran "- Surah Al-'Asr.

Matahari terik menyinar,Mafraq Jordan
25 jamadil akhir 1433h / 16 mei 2012

Monday 14 May 2012

IT'S OUR STORY

Assalamualaikum w.r.t...
In the name of Allah,the most compassionate and the most merciful..alhamdulillah dan subhanallah,aturan Allah siapa yang tahu.


" bila nak buat blog nye?"


"malas lah,kalu buat blog,kena rajin menulis,kena update sokmo,ore nie bukan penulis sgt pun.lagipun dok pandai lah nak buat blog tu gano"


"la,buat je dulu,mana tau lepas buat tu,boleh jadi rajin menulis sokmo"


" okay,insyaAllah lah,nanti k.ngah try tanya kakak senior hok pandai tentang blog ni"


( dialog ana bersama abang long suatu ketika dulu )


Pernah juga ada 2,3 orang sahabat yg bertanya pada ana,bila nak buat blog nye?buat lah blog,sekarang nie dah ramai yang ada blog..jawapan ana ketika itu : malas lah :)..


Dan dengan izin dariNya,hari ini terciptalah blog NOTA SEORANG HAMBA,dari hamba kepada tuan/puan hamba sekalian..semuanya kerana Allah.


FANNABDA' BI ANFUSINA



Fannabda' bi anfusina ( tajuk sebuah kitab karangan Dr.Majdi al-Hilali ) which means mulakanlah dengan diri kita sendiri.


 قال تعالى "إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِم" ... صدق الله العظيم



Firman Allah s.w.t : "Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum itu sehingga mereka merubah keadaan mereka sendiri"


apa yang dapat difahami dari 2 ayat yang ana bawakan di atas adalah :


1) Allah tidak akan mengubah keadaan kita begitu sahaja tanpa ada usaha dari diri kita sendiri..
2) Usaha untuk berubah dari yang buruk kepada yang baik dan yang baik kepada yang lebih baik mesti      bermula dari DIRI KITA SENDIRI.
3) Orang lain di sekeliling kita hanya mampu BERKATA dan BERTEORI,dan kitalah yang harus BERTINDAK dan BERPRAKTIKAL.


Khulasahnya,semuanya telah termaktub dalam aturan Allah,namun kita juga harus berusaha dan mencuba untuk mencapai sesuatu..CAUSE NOBODY CAN CHANGE U IF DON'T WANNA TO..



NOTA SEORANG HAMBA : berubahlah kerana cintakan Allah bukan semata-mata kerana manusia yang lemah.



23 jamadilakhir 1433h / 14 mei 2012
petang yang tenang,Mafraq Jordan.