Saturday 9 June 2012

ANA MESTI TABAH DAN SENYUM:)

Alhamdulillah ala kulli halin wa nikmah..

Terima kasih Allah.Nikmatnya sentiasa ada untukku.Dan ana tahu DIA sentiasa ada untukku..

Hanya dalam beberapa hari,selang ujian dan juga hadiah terindah dihadirkan untukku.Didatangkan dahulu ribut dan hujan dalam hatiku.Sungguh sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata akan dugaan persahabatan ini.Tidak terdetik dalam hatiku untuk memutuskan ukhuwah ini.Sebuah persahabatan yang hanya Allah tahu betapa berharganya ukhuwah ini yang tidak pernah daku kecapi sebelum ini.Jika ada yang menganggap daku ego kerana tidak menegur,sungguh itu bukan yang ada dalam hatiku buat seorang sahabat.Bukan kerana ego tapi daku merasakan tidak layak lagi untuk menegur..

Meskipun ujian ini mengundang air mata,namun daku hanya mampu berdoa dengan adanya DIA disampingku..
Biarlah mata penat menangis,namun hatuku mesti KUAT dan TABAH..

Akan daku ukir SENYUMAN di bibir,meskipun hati tak mampu tersenyum riang..

Nota Seorang Hamba : Jalan kita tetap jalan yang sama,namun mungkin daku bukanlah teman seperjalanan yang terbaik untuk menemani.Apapun,daku mesti KUAT DAN SENYUM.


pagi di Sakan Jamiah,
Mafraq,Jordan
1.49 am..

No comments:

Post a Comment