Saturday 23 February 2013

3S:Sayu Sebuah Sayonara

Bismillah..Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Lumrah dalam sebuah ceritera kehidupan.Yang mana ada permulaannya,pasti akan ada pengakhirannya.Panjang mana pun jalan yang kita lalui,akan ada penghujungnya kelak.

26 April 2012 - Detik bermulanya sebuah amanah.Pada tahun kedua pengajian di Bumi Jordan ini,diri tidak dapat lari dari sebuah amanah.Dalam pengalaman berpersatuan,tambahan lagi untuk sebuah persatuan yang besar,masih sedikit pengalaman yang ada dalam diri kalau dikira membuatkan diri rasa macam tak layak untuk memegang amanah itu.Takutnya untuk memegang sebuah amanah kerana takutnya kita untuk berhadapan dengan yang namanya Ujian.

Lesson 1 :)
Seorang arkitek pasti lebih tahu tentang senibina bangunan yang dia bina berbanding orang yang hanya memandang bangunan itu dari luar.Mungkin kita rasa kita tak layak,tak mampu dan sebagainya lah,tapi Allah lebih mengetahui akan kemampuan hambaNya.He knows you better than anyone.

Lesson 2 :)
Pengalaman bukan benda yang mana kita boleh dapat tanpa melaluinya,so untuk dapatkannya,you have to grab it and face it.

Lesson 3 :)
Bilamana adanya ujian,maka yakinlah di belakangnya pasti ada penyelesaian.Bilamana adanya kesusahan,maka yakinlah di belakangnya pasti ada kesenangan.
Bukankah Allah telah berfirman dengan penuh kasih sayang :

"إنّ مع العسر يسرا"
"sesungguhnya dengan kesusahan itu adanya kesenangan "


Seakan masih baru lagi amanah ini dipikul,dan kini,amanah itu hampir tiba ke penghujungnya.
Hanya berbaki 24 hari lagi.

Di pengakhiran jalan ini,masih ada amanah yang perlu diselesaikan.
Di pengakhiran jalan ini,rasa sayangnya akan amanah itu masih menebal.
Di pengakhiran jalan ini,kegembiraan yang tercipta dalam amanah itu pasti akan dirindui.





Tuesday 12 February 2013

"Memoir Of Me :MEM 2012"

Bismillahirrahmanirrahim :)

Selawat dan salam buat Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga dan sahabat baginda..





Alhamdulillah,masih bernafas pada tahun baru 2013 yang ana kira masih berada pada awal tahun lagi.Setelah sekian lama dan pelbagai agenda kehidupan sudah dilalui,1001 kenangan yang tercatat dalam "Memoir Of Me : MEM 2012 " .Suka,duka,senyum,tangis,gelak tawa dan hiba becampur dalam satu adunan yang dinamakan KEHIDUPAN HAMBA.

Jika difikirkan kembali,mungkinkah ana mampu untuk ingat kembali semua peristiwa @ kenangan sepanjang tahun 2012 yang lepas ?

" Apa agaknya yang aku dah buat untuk jadikan diri aku lebih baik ? "
" Apa agaknya yang aku dah usahakan untuk jadikan agamaku lebih baik ?"
"Apa agaknya yang aku dah sumbangkan untuk membantu Islamku ?

dan....

" Apakah amalanku yang sudah aku lakukan mampu mendekatkan diriku ke Syurga Allah ?"
" Apakah amalanku itu benar-benar menjadi saham untukku meraih Redha Allah?"

Kehidupan manusia terlalu singkat.Paling lama kita hidup mungkin 100 tahun.Paling singkat kita hidup mungkin 20 tahun,10 tahun atau mungkin juga 1 minit selepas kelahiran kita.

Kitalah manusia yang bergelar hamba.Sentiasa lupa atau mungkin sengaja melupakan.Lupa akan hakikat kehidupannya dan amanahnya oleh kerana terperangkap dengan indahnya dunia.

Dalam kealpaan seorang hamba,Allah masih memegang hati seorang hambaNya.Tetap melimpahkan nikmat dan rahmat buat seorang hambaNya.Kasihnya Allah pada kita. Alhamdulillah,Thank you Allah <3


Nota Seorang Hamba : jangan sampai Allah biarkan dirimu dalam kealpaan yang berpanjangan.




Thursday 27 September 2012

3rd Year Journey

Bismillah.
Dah lama blog ni ditinggal macam tak ada penghuni.Agaknya kalau blog ni macam gua,dah bersawang agaknya dengan sarang burung or sarang labah-labah.

Sebenarnya tak ada idea nak tulis apa dan masa yang tak mengizinkan juga.Alhamdulillah,sekarang dah masuk tahun ketiga pengajian ana di Bumi Anbia' ini.

sekejap masa yang berlalu,tanpa disedari,dah masuk tahun ketiga,dah jadi senior dan....akan meninggalkan Bumi Anbia' ini tidak lama lagi,insyaAllah.

Jika diingat balik,dari tahun pertama hingga sekarang,apa yang dah berjaya dicapai oleh seorang hamba ini???

masih sama atau sudah ada lainnya,masih diri yang sama atau sudah menjadi seorang hambayang lebih baik pada pandangan penciptanya???




dalam kembara yang sementara,
ada yang kekal jelas dengan tujuannya,
tetap thabat pada jalanNya,
terus tabah  dengan cintaNya.

bagaimana pula dengan mereka,
yang tersasar dari tujuan kembaranya,
yang tersungkur di tengah jalanNya, 
yang terbuai dek cinta dunia.

 bagaimana pula dengan dia,
yang terleka sekejap cuma,
yang masih ingat akan tujuannya,
namun tetap mungkir dengan janji pada Tuhannya?

dan bagaimana pula dengan diriku?
di manakah diriku dalam kalangan mereka itu?


~kembali ke jalan kasihNya~
1.10 pagi,Mafraq
hayati kulluha lillah.




Saturday 9 June 2012

ANA MESTI TABAH DAN SENYUM:)

Alhamdulillah ala kulli halin wa nikmah..

Terima kasih Allah.Nikmatnya sentiasa ada untukku.Dan ana tahu DIA sentiasa ada untukku..

Hanya dalam beberapa hari,selang ujian dan juga hadiah terindah dihadirkan untukku.Didatangkan dahulu ribut dan hujan dalam hatiku.Sungguh sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata akan dugaan persahabatan ini.Tidak terdetik dalam hatiku untuk memutuskan ukhuwah ini.Sebuah persahabatan yang hanya Allah tahu betapa berharganya ukhuwah ini yang tidak pernah daku kecapi sebelum ini.Jika ada yang menganggap daku ego kerana tidak menegur,sungguh itu bukan yang ada dalam hatiku buat seorang sahabat.Bukan kerana ego tapi daku merasakan tidak layak lagi untuk menegur..

Meskipun ujian ini mengundang air mata,namun daku hanya mampu berdoa dengan adanya DIA disampingku..
Biarlah mata penat menangis,namun hatuku mesti KUAT dan TABAH..

Akan daku ukir SENYUMAN di bibir,meskipun hati tak mampu tersenyum riang..

Nota Seorang Hamba : Jalan kita tetap jalan yang sama,namun mungkin daku bukanlah teman seperjalanan yang terbaik untuk menemani.Apapun,daku mesti KUAT DAN SENYUM.


pagi di Sakan Jamiah,
Mafraq,Jordan
1.49 am..

Sunday 3 June 2012

Who am i ???



"Ya Allah,jika ada yang terluka kerana diriku,jika ada yang terguris kerana diriku,kau berikanlah mereka teman yang lebih baik dariku,yang sentiasa menyenangkan mereka lebih dariku,yang mampu membahagiakan mereka lebih dariku..ampunkan dosaku dan jangan kerana aku yang berdosa maka mereka turut terasa.."


biarkan aku seketika mencari diri,memahami hatiku yang seringkali berbolak-balik ini..

di saat aku mencari,aku mohon jangan membenci diriku..

di saat ini aku hanya akan menyalahkan diriku hingga aku tak mampu berhadapan dengan kalian..

sungguh pelik kan diriku,sehingga kini aku sendiri tidak mengerti...

aku takut mendekati mereka yang aku sayang kerana aku takut akan ada yang terluka kerana aku..

sakit melihat mereka terluka pasti akan lebih menyakitkan berbanding sakit yang aku rasai..

oleh itu,biarkan aku sendiri dan janganlah ada yang membenci...

hujan dari hati yang duka..
mafraq,Jordan..
9.44 malam..

nota seorang hamba : DIA yang paling memahami diriku..BACK to Allah.



Wednesday 16 May 2012

15 MEI : HARI NAKBAH


15 MEI : HARI NAKBAH di PALESTIN


Ada apa dengan Hari Nakbah ??


Ianya sebagai tanda memperingati Hari Nakbah iaitu hari yang mana saudara kita di Palestin dihalau dan diseksa di negara mereka sendiri sejak 64 tahun yang lalu...

Apa itu Hari Nakbah ??


Hari Nakbah ( Yaumun Nakbah ) yang mana apabila diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris membawa maksud : The Day of Catastrophe ataupun Hari Malapetaka bagi Bumi Palestin 
( you're gonna be free )

Mereka di Palestin,
dihalau dari tanah mereka sendiri,
rumah diroboh,harta dirampas,
keluarga dibunuh,saudara ditindas.

Dan aku di sini,
terasa begitu jauh dari mereka,
masih di rumah yang selesa,
suka dan duka bersama keluarga.

Kalian di Palestin,
benarkah kami ini saudaramu ?
layakkah kami ini digelar saudaramu?
pantaskah kami dianggap saudaramu ?

Kita di sini,
sudahkah kita berusaha membantu mereka?
jika hanya dengan memboikot barangan Yahudi,
itupun kita masih tidak mampu melawan nafsu.

mereka itu di Palestin,
sekarang diseksa di atas dunia,
namun syahidnya mereka,
pasti beroleh bahagia di Syurga.

Dan kita di sini,
semoga tidak hanya tahu berkata,
" Mereka saudaraku "
bahkan berjuang dan berusaha bersama mereka.

Nota Seorang Hamba : jangan hanya pandai menuding jari pada yang lain,tudinglah jari itu pada diriku sendiri,kerana Allah lebih tahu siapa yang benar dan siapa yang sedang berdusta..

Di luar sedang berangin,Mafraq Jordan,
25 jamadil akhir 1433 / 16 mei 2012

:: INGATKAN DIRI UNTUK BERSYUKUR ::


In The Name of Allah,the most compassionate and the most merciful..

thanks to Allah for still giving me this beautiful life.Alhamdulillah..

Minggu imtihan  di Al-alBayt telah pun bermula.Masing-masing sedang sibuk study dengan pelbagai ragam,ada yang lebih senang study seorang diri,ada juga yang nak study in group dan tak kurang juga yang STADO lebih sikit dari STUDY :) 
Dalam kesibukan semua orang sedang berjuang dan bermujahadah,ada juga yang diuji sekuat mana mujahadahnya.Allah berikan sedikit ujian dan cabaran dalam hidupnya.Di sebalik ujian itu,ada sesuatu yang harus ana pelajari sebenarnya..


Daripada Abdullah bin Abbas RA katanya: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :


"Dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima kerugian yang besar iaitu kesihatan dan kelapangan" ( Hadis riwayat Bukhari )


Nikmat KESIHATAN dan KELAPANGAN MASA,itu yang harus ana pelajari dan hargai dengan sebaiknya.Dalam kesibukan antara study dan tanggungjawab lain,kesihatan dan kelapangan masa amatlah penting.Kalau masa lapang tapi tubuh pula yang tak sihat,nak buat kerja pun tak boleh dan sebaliknya.

Syukuri nikmat sihat dan lapangnya masa dengan sebaiknya.Macam-mana???...Bersyukur dengan memanfaatkan nikmat itu dengan melakukan sesuatu yang bermanfaat juga.Masa tubuh sihat,jangan malas nak ke kuliah 
( pesanan untuk telinga yang paling dekat ),jangan cepat beralasan untuk menolak kerja ( peluang tambah pahala tu ) dan bila ada masa lapang,jangan cepat-cepat nak tengok cerita je ( kena atas batang hidung sendiri )..

Pepatah Arab ada menyebut :Masa ibarat pedang,jika kamu tidak memotongnya,maka ia akan memotong kamu.

Sebagai seorang pelajar dan pada masa yang sama masih ada tanggungjawab lain yang harus dilaksanakan,amatlah penting untuk kita mengatur masa kita sebaiknya.Gunakan masa yang ada sebaiknya,Kalau ada masa lapang,manfaatkan dengan selesaikan apa-apa perkara yan perlu diselesaikan..
Jangan bertangguh,nanti diri sendiri juga yang lenguh.Last but not least,manfaatkan hidupmu dengan sebaiknya...Kal Ho Na Ho ( Esok entah ada atau tidak )....(",)



Nota Seorang Hamba : " Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan ,serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran "- Surah Al-'Asr.

Matahari terik menyinar,Mafraq Jordan
25 jamadil akhir 1433h / 16 mei 2012