Wednesday, 16 May 2012

15 MEI : HARI NAKBAH


15 MEI : HARI NAKBAH di PALESTIN


Ada apa dengan Hari Nakbah ??


Ianya sebagai tanda memperingati Hari Nakbah iaitu hari yang mana saudara kita di Palestin dihalau dan diseksa di negara mereka sendiri sejak 64 tahun yang lalu...

Apa itu Hari Nakbah ??


Hari Nakbah ( Yaumun Nakbah ) yang mana apabila diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris membawa maksud : The Day of Catastrophe ataupun Hari Malapetaka bagi Bumi Palestin 
( you're gonna be free )

Mereka di Palestin,
dihalau dari tanah mereka sendiri,
rumah diroboh,harta dirampas,
keluarga dibunuh,saudara ditindas.

Dan aku di sini,
terasa begitu jauh dari mereka,
masih di rumah yang selesa,
suka dan duka bersama keluarga.

Kalian di Palestin,
benarkah kami ini saudaramu ?
layakkah kami ini digelar saudaramu?
pantaskah kami dianggap saudaramu ?

Kita di sini,
sudahkah kita berusaha membantu mereka?
jika hanya dengan memboikot barangan Yahudi,
itupun kita masih tidak mampu melawan nafsu.

mereka itu di Palestin,
sekarang diseksa di atas dunia,
namun syahidnya mereka,
pasti beroleh bahagia di Syurga.

Dan kita di sini,
semoga tidak hanya tahu berkata,
" Mereka saudaraku "
bahkan berjuang dan berusaha bersama mereka.

Nota Seorang Hamba : jangan hanya pandai menuding jari pada yang lain,tudinglah jari itu pada diriku sendiri,kerana Allah lebih tahu siapa yang benar dan siapa yang sedang berdusta..

Di luar sedang berangin,Mafraq Jordan,
25 jamadil akhir 1433 / 16 mei 2012

1 comment:

  1. Moga Nusroh Allah sentiasa bersama mereka.
    Allahhumma Ameen...

    "Aku juga mahu menjadi seperti mereka! mahu syahid seperti mereka!"

    ReplyDelete