Monday 14 May 2012

IT'S OUR STORY

Assalamualaikum w.r.t...
In the name of Allah,the most compassionate and the most merciful..alhamdulillah dan subhanallah,aturan Allah siapa yang tahu.


" bila nak buat blog nye?"


"malas lah,kalu buat blog,kena rajin menulis,kena update sokmo,ore nie bukan penulis sgt pun.lagipun dok pandai lah nak buat blog tu gano"


"la,buat je dulu,mana tau lepas buat tu,boleh jadi rajin menulis sokmo"


" okay,insyaAllah lah,nanti k.ngah try tanya kakak senior hok pandai tentang blog ni"


( dialog ana bersama abang long suatu ketika dulu )


Pernah juga ada 2,3 orang sahabat yg bertanya pada ana,bila nak buat blog nye?buat lah blog,sekarang nie dah ramai yang ada blog..jawapan ana ketika itu : malas lah :)..


Dan dengan izin dariNya,hari ini terciptalah blog NOTA SEORANG HAMBA,dari hamba kepada tuan/puan hamba sekalian..semuanya kerana Allah.


FANNABDA' BI ANFUSINA



Fannabda' bi anfusina ( tajuk sebuah kitab karangan Dr.Majdi al-Hilali ) which means mulakanlah dengan diri kita sendiri.


 قال تعالى "إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِم" ... صدق الله العظيم



Firman Allah s.w.t : "Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum itu sehingga mereka merubah keadaan mereka sendiri"


apa yang dapat difahami dari 2 ayat yang ana bawakan di atas adalah :


1) Allah tidak akan mengubah keadaan kita begitu sahaja tanpa ada usaha dari diri kita sendiri..
2) Usaha untuk berubah dari yang buruk kepada yang baik dan yang baik kepada yang lebih baik mesti      bermula dari DIRI KITA SENDIRI.
3) Orang lain di sekeliling kita hanya mampu BERKATA dan BERTEORI,dan kitalah yang harus BERTINDAK dan BERPRAKTIKAL.


Khulasahnya,semuanya telah termaktub dalam aturan Allah,namun kita juga harus berusaha dan mencuba untuk mencapai sesuatu..CAUSE NOBODY CAN CHANGE U IF DON'T WANNA TO..



NOTA SEORANG HAMBA : berubahlah kerana cintakan Allah bukan semata-mata kerana manusia yang lemah.



23 jamadilakhir 1433h / 14 mei 2012
petang yang tenang,Mafraq Jordan.

No comments:

Post a Comment